Pages

Monday, 26 March 2012

KAWASAN TAPAK PERLUPUSAN SAMPAH NEGARA SEMAKIN KRITIKAL

Kepesatan pembangunan menuntut sebuah negara membangun seperti Malaysia menguruskan sistem perlupusan sisa pepejal secara efektif. kerajaan amat komited dalam aspek berkenaan.


TUJUH TAPAK PERLUPUSAN SAMPAH SANITARI


Daripada 289 tapak perlupusan sampah dinegara ini, namun tujuh sahaja yang merupakan tapak perlupusan sanitari yang mesra alam iaitu tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Melaka dan Johor. Yang bermakna 2.5 peratus sahaja yang diuruskan dengan baik dan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka 'open dumping'. ini menunjukkan pengurusan sisa pepejal di neagara ini masih kurang efisyen dan juga kritikal untuk jangka masa panjang kelak. antara risiko yang wujud disebalik pembuangan terbuka ini akan menyebabkan pencemaran udara dan air. 


pencemaran air ini disebabkan peresapan 'leachate' (air larut resap) ke dalam sumber air bawah tanah manakala pencemaran udara disebabkan pembebasan gas metana yang terhasil daripada proses pereputan sampah.


KITAR SEMULA PANJANGKAN HAYAT TAPAK PERLUPUSAN


kempen kitar semula yang dilancarkan dua kali pada 1993 dan 2000 hanya mendapat sambutan yang dingin daripada masyarakat. mungkin, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah yang lebih efektif, selain mengadakan kempen dan iklan seperti membangunkan infrastruktur strategik dengan pihak swasta, menjalankan kajian holistik dan menguatkuasakan akta yang ada. masalah berbangikit seperti jadual kutipan sampah yang tidak menentu perlu diatasi secara telus dan tuntas. 


hal ini kerana, dengan jumlah sampah yang semakin meningkat, masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada kitar semula. apa yang pasti , perubahan mentaliti masyrakat untuk mengitar semula perlu bermula dengan komitmen individu di rumah masing-masing dengan mengurangkan sampah yang terpaksa dilupuskan.



:)

*sumber dipetik dan diubahsuai daripada hartanahonline

Friday, 16 March 2012

taman tema bertaraf antarabangsa kini di Malaysia

 




* Daripada gambar-gambar diatas, bukan untuk promote tempat sendiri nusajaya (gelang patah).. :)) tapi lebih untuk memberitahu yang malaysia kini mampu membina satu taman tema yang bertaraf antarabangsa.


* Daripada sini menunjukkan globalisasi dilihat ssebagai satu proses pengaliran global berbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai aktiviti manusia yang boleh jadi fizikal atau bukan fizikal.


* Secara ringkasnya, globalisasi memberi konsep sejagat.


* Ini sebab tiada lagi unsur pemisah atau batas sempadan antara kebudayaan, kesenian, antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau antara satu negara atau negara yang lain. 


* harga tiket setelah di google, ini last updated :
agak mahal untuk malaysian, tapi murah untuk singaporean dan orang Brunei
RM110 = S$45.83=B$45.83
RM140 =S$58.33=B$58.33


* so lepas ini, kita akan berbelah bagi sama ada nak ke Legoland Malaysia atau Universal Singapore sebab kedua-duanya berhampiran. yang pasti, kalau kita ada duit, kita jalan... ek 

:)

*sumber dipetik dan diubasuai daripada amazingnara.com

Monday, 12 March 2012

Wilayah Pembangunan Iskandar, JOHOR



PENGENALAN


wilayah pembangunan Iskandar adalah salah satu daripada pembangunan komprehensif yang terletak di kawasan Selatan Johor yang diwujudkan untuk menjadi pemacu arah kepada pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. ianya mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membentuk sebuah negeri metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia.


dari segi kedudukan geografinya, kemudahan logistik yang tersedia, jumlah penduduk yang tinggi sekali gus dapat membentuk modal insan yang berilmu dan mempunyai kemahiran yang tinggi, dengan tanah yang luas serta Kerajaan Negeri yang progresif dan berwawasan. selatan Johor  yang telah dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar kini telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Negara dibawah RMK-9.


WPI ini meliputi keluasan tanah kira-kira 2217 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk hampir 1.35 juta orang yang meliputi 43% penduduk Johor secara keseluruhannya.


FLAGSHIP ZON


WPI mempunyai 5 flagship iaitu :


1. ZON A : PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU
merangkumi daerah perniagaan dan perkhidmatan serta Zon Bebas Cukai


2. ZON B : NUSAJAYA
yang meliputi Pusat Pentadbiran Negeri Johor, Pusat Perniagaan & kewangan baru, Bandar MSC Cyber dan Nusajaya Cyber Park serta hub pendidikan.


3. ZON C : PORT TANJUNG PELEPAS
meliputi Port Tanjung Pelepas (PTP), kawasan Ramsar dan Zon Laluan Kedua Gelang Patah-Singapura


4. ZON D : SENAI AREA, PASIR GUDANG
meliputi Pelabuhan Pasir gudang dan Zon Industri, Tanjung Langsat Technopolis, Sungai Kim-KIm, eRegional Park, Lapangan Antarabangsa Senai, Rangkaian Hub Bersepadu Skudai, Terminal Hub Senai Multimodal


5. ZON E : TANJUNG LANGSAT


Merangkumi Tanjung Langsat Technopolis dan Sungai Kim-kim Regional Park


a. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri
terletak di Bandar Nusajaya yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor , Pusat persidangan DUN, Dataran Mahkota dan Kompleks Menteri Besar Johor.


b. Pusat Pendidikan
meliputi universiti, R&D, Kolej, dan Sekolah Antarabangsa. kursus meliputi perubatan, sains sosial, ekonomi, perniagaan, afrikultur, kejuruteraan, komputer sains, seni dan sebagainya.


c. Hub Perubatan
2 komponen iaitu Medical Park dan Medical City yang menjadi pusat utama pelbagai penyelidikan.


d. Hub Halal
merupakan satu hub untuk mempromosikan industri halal , industri pembuatan tempatan, dan lain-lain.


e. Hub Logistik dan Pelabuhan Kelas Pertama
PTP adalah merupakan hub kelas pertama bagi pengangkutan terutamanya dalam pelabuhan antarabangsa, pelabuhan yang berkembang pesat. dengan jalinan antara lapangan terbang Senai, pelabuhan Johor dan PTP akan mewujudkan pusat bagi kargo hub, logistik dan pelabuhan inland.


f.Waterfront City
terletak di Selat Tebrau yang mewujudkan pembangunan akan datang seperti marina, kemudahan sukan, hotel antarabangsa, pusat membeli belah.


g. Pusat dan Bandar Cyber
meliputi 3 bandar Cyber;Nusajaya, Kawasan Pusat Perancangan Johor Bahru dan UTM yangseklai gus menyokong kemudahan infrastruktur ICT.


h. Hub Biofuel
Pelabuhan Tanjung Langsar akan menjadi pusat penyelidikan pembangunan biofuelyang akan meliputi pemprosesan chemical, ship building factories, pelabuhan logistik dan tempat simpanan barang.


i. Hub Kewangan Islam


j.Hub Rekreasi, perdagangan dan Pembangunan Sukan


k. Hub Perumahan dan Taman


l. Pengekalan Sungai-Sungai




:)
*entry ni lum habis lg..nanti akan diupdate dari semasa ke semasa
*tempat aku membesar kini semakin pesat membangun. Alhamdulillah.
*sumber dipetik dan diubahsuai daripada jpbdjohor.gov.my

Sunday, 11 March 2012

Marilah Kitar Semula

Sempena tahun 2012 ni, apa kata kita mulakan tabiat yang baik dengan melakukan kitar semula.selain dapat mengurangkan pencemaran alam, kita juga dapat mengurangkan penjanaan komposisi sisa pepejal khususnya di tapak perlupusan sampah. selain itu dengan mengamalkan sikap kitar semula ini turut memberikan 'duit kocek' yang walaupun tidak lah banyak, namun adalah juga. dengan mengamalkan tabita yang baik ini mjuga akan dapat memberi contoh kepada generasi muda untuk turut melakukan perkara yang sama kelak.

memulakan tabiat kitar semula ini adalah tidak susah. tak perlu sampai nak korek tong sampah cari tin minuman, botol plastik atau kertas.  cukuplah dengan kita memulakannya dengan bahan buangan kita setiap hari dari rumah.

disini, sama-sama kita membantu memelihara alam sekitar dengan beberapa cara iaitu :


1) Kertas

kita perlu mengasingkan semua jernis kertas, dari sebesar-bear kotak/ akhbar sehingga sekecil-kecil resit. kumpulkan kesemua kertas untuk dikitar semula sama ada dengan menghantarnya ke pusat pengumpulan  kitar semula atau dijula kepada lori-lori yang mengutip bahan-bahan ini.



2) Plastik
bawa plastik sendiri apabila pergi keluar membeli belah walaupun bukan pada hari tanpa plastik. pilihan untuk memakai beg kertas/ yang bukan plastik adalah lebih baik.

simpan semua plastik yang didapati dari shopping dan digunakan semula  ketika membunag sampah sisa-sisa domestik. dengan ini kita tidak perlu membeli semula plastik sampah. botol-botol jenis plastik seperti botol detergen, air mineral, minyak dan lainplain juga boleh dikumpul dan dikitar semula. kemekkan bahan-bahan tersebut untuk dijual.

3) Sisa domestik rumah

Sisa makanan dirumah boleh diasingkan untuk dijadikan baja kompos (jangan disimpan di dalam rumah, nantikan akan menimbulakan bau di dalam rumah). cari panduan membuat baja kompos melalui internet. gunakan baja ini untuk tanaman.

asingkan sisa minyak masak kedalam tong khas untuk dihantar ke tapak perlupusan. sisa minyak masak yang dilupuskan dengan cara yang tidak betul akan menyusahakn orang ramai. saluran paip rumah atau longkang tersumbat juga disebabkan oleh sisa minyak. kini sisa minyak boleh dikitar semula untuk kegunaan biodiesel.

* Sediakan 3 jenis tong sampah dirumah. HIJAU untuk barang-barang kaca, BIRU untuk kertas dan JINGGA untuk barang-barang plastik.


*Cubalah lakukan apa yang terdaya. bumi ini untuk diwarisi oleh anak-anak kita juga. Selamat mencuba

Saturday, 10 March 2012

puncak menara gading


 
Copyright (c) 2010 GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN and Powered by Blogger.