Pages

Monday 26 March 2012

KAWASAN TAPAK PERLUPUSAN SAMPAH NEGARA SEMAKIN KRITIKAL

Kepesatan pembangunan menuntut sebuah negara membangun seperti Malaysia menguruskan sistem perlupusan sisa pepejal secara efektif. kerajaan amat komited dalam aspek berkenaan.


TUJUH TAPAK PERLUPUSAN SAMPAH SANITARI


Daripada 289 tapak perlupusan sampah dinegara ini, namun tujuh sahaja yang merupakan tapak perlupusan sanitari yang mesra alam iaitu tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Melaka dan Johor. Yang bermakna 2.5 peratus sahaja yang diuruskan dengan baik dan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka 'open dumping'. ini menunjukkan pengurusan sisa pepejal di neagara ini masih kurang efisyen dan juga kritikal untuk jangka masa panjang kelak. antara risiko yang wujud disebalik pembuangan terbuka ini akan menyebabkan pencemaran udara dan air. 


pencemaran air ini disebabkan peresapan 'leachate' (air larut resap) ke dalam sumber air bawah tanah manakala pencemaran udara disebabkan pembebasan gas metana yang terhasil daripada proses pereputan sampah.


KITAR SEMULA PANJANGKAN HAYAT TAPAK PERLUPUSAN


kempen kitar semula yang dilancarkan dua kali pada 1993 dan 2000 hanya mendapat sambutan yang dingin daripada masyarakat. mungkin, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah yang lebih efektif, selain mengadakan kempen dan iklan seperti membangunkan infrastruktur strategik dengan pihak swasta, menjalankan kajian holistik dan menguatkuasakan akta yang ada. masalah berbangikit seperti jadual kutipan sampah yang tidak menentu perlu diatasi secara telus dan tuntas. 


hal ini kerana, dengan jumlah sampah yang semakin meningkat, masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada kitar semula. apa yang pasti , perubahan mentaliti masyrakat untuk mengitar semula perlu bermula dengan komitmen individu di rumah masing-masing dengan mengurangkan sampah yang terpaksa dilupuskan.



:)

*sumber dipetik dan diubahsuai daripada hartanahonline

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN and Powered by Blogger.