Pages

Monday 12 March 2012

Wilayah Pembangunan Iskandar, JOHOR



PENGENALAN


wilayah pembangunan Iskandar adalah salah satu daripada pembangunan komprehensif yang terletak di kawasan Selatan Johor yang diwujudkan untuk menjadi pemacu arah kepada pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. ianya mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membentuk sebuah negeri metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia.


dari segi kedudukan geografinya, kemudahan logistik yang tersedia, jumlah penduduk yang tinggi sekali gus dapat membentuk modal insan yang berilmu dan mempunyai kemahiran yang tinggi, dengan tanah yang luas serta Kerajaan Negeri yang progresif dan berwawasan. selatan Johor  yang telah dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar kini telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Negara dibawah RMK-9.


WPI ini meliputi keluasan tanah kira-kira 2217 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk hampir 1.35 juta orang yang meliputi 43% penduduk Johor secara keseluruhannya.


FLAGSHIP ZON


WPI mempunyai 5 flagship iaitu :


1. ZON A : PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU
merangkumi daerah perniagaan dan perkhidmatan serta Zon Bebas Cukai


2. ZON B : NUSAJAYA
yang meliputi Pusat Pentadbiran Negeri Johor, Pusat Perniagaan & kewangan baru, Bandar MSC Cyber dan Nusajaya Cyber Park serta hub pendidikan.


3. ZON C : PORT TANJUNG PELEPAS
meliputi Port Tanjung Pelepas (PTP), kawasan Ramsar dan Zon Laluan Kedua Gelang Patah-Singapura


4. ZON D : SENAI AREA, PASIR GUDANG
meliputi Pelabuhan Pasir gudang dan Zon Industri, Tanjung Langsat Technopolis, Sungai Kim-KIm, eRegional Park, Lapangan Antarabangsa Senai, Rangkaian Hub Bersepadu Skudai, Terminal Hub Senai Multimodal


5. ZON E : TANJUNG LANGSAT


Merangkumi Tanjung Langsat Technopolis dan Sungai Kim-kim Regional Park


a. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri
terletak di Bandar Nusajaya yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor , Pusat persidangan DUN, Dataran Mahkota dan Kompleks Menteri Besar Johor.


b. Pusat Pendidikan
meliputi universiti, R&D, Kolej, dan Sekolah Antarabangsa. kursus meliputi perubatan, sains sosial, ekonomi, perniagaan, afrikultur, kejuruteraan, komputer sains, seni dan sebagainya.


c. Hub Perubatan
2 komponen iaitu Medical Park dan Medical City yang menjadi pusat utama pelbagai penyelidikan.


d. Hub Halal
merupakan satu hub untuk mempromosikan industri halal , industri pembuatan tempatan, dan lain-lain.


e. Hub Logistik dan Pelabuhan Kelas Pertama
PTP adalah merupakan hub kelas pertama bagi pengangkutan terutamanya dalam pelabuhan antarabangsa, pelabuhan yang berkembang pesat. dengan jalinan antara lapangan terbang Senai, pelabuhan Johor dan PTP akan mewujudkan pusat bagi kargo hub, logistik dan pelabuhan inland.


f.Waterfront City
terletak di Selat Tebrau yang mewujudkan pembangunan akan datang seperti marina, kemudahan sukan, hotel antarabangsa, pusat membeli belah.


g. Pusat dan Bandar Cyber
meliputi 3 bandar Cyber;Nusajaya, Kawasan Pusat Perancangan Johor Bahru dan UTM yangseklai gus menyokong kemudahan infrastruktur ICT.


h. Hub Biofuel
Pelabuhan Tanjung Langsar akan menjadi pusat penyelidikan pembangunan biofuelyang akan meliputi pemprosesan chemical, ship building factories, pelabuhan logistik dan tempat simpanan barang.


i. Hub Kewangan Islam


j.Hub Rekreasi, perdagangan dan Pembangunan Sukan


k. Hub Perumahan dan Taman


l. Pengekalan Sungai-Sungai




:)
*entry ni lum habis lg..nanti akan diupdate dari semasa ke semasa
*tempat aku membesar kini semakin pesat membangun. Alhamdulillah.
*sumber dipetik dan diubahsuai daripada jpbdjohor.gov.my

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN and Powered by Blogger.