Sempena tahun 2012 ni, apa kata kita mulakan tabiat yang baik dengan melakukan kitar semula.selain dapat mengurangkan pencemaran alam, kita juga dapat mengurangkan penjanaan komposisi sisa pepejal khususnya di tapak perlupusan sampah. selain itu dengan mengamalkan sikap kitar semula ini turut memberikan 'duit kocek' yang walaupun tidak lah banyak, namun adalah juga. dengan mengamalkan tabita yang baik ini mjuga akan dapat memberi contoh kepada generasi muda untuk turut melakukan perkara yang sama kelak.
memulakan tabiat kitar semula ini adalah tidak susah. tak perlu sampai nak korek tong sampah cari tin minuman, botol plastik atau kertas. cukuplah dengan kita memulakannya dengan bahan buangan kita setiap hari dari rumah.
disini, sama-sama kita membantu memelihara alam sekitar dengan beberapa cara iaitu :
1) Kertas
kita perlu mengasingkan semua jernis kertas, dari sebesar-bear kotak/ akhbar sehingga sekecil-kecil resit. kumpulkan kesemua kertas untuk dikitar semula sama ada dengan menghantarnya ke pusat pengumpulan kitar semula atau dijula kepada lori-lori yang mengutip bahan-bahan ini.
2) Plastik
bawa plastik sendiri apabila pergi keluar membeli belah walaupun bukan pada hari tanpa plastik. pilihan untuk memakai beg kertas/ yang bukan plastik adalah lebih baik.
simpan semua plastik yang didapati dari shopping dan digunakan semula ketika membunag sampah sisa-sisa domestik. dengan ini kita tidak perlu membeli semula plastik sampah. botol-botol jenis plastik seperti botol detergen, air mineral, minyak dan lainplain juga boleh dikumpul dan dikitar semula. kemekkan bahan-bahan tersebut untuk dijual.
3) Sisa domestik rumah
Sisa makanan dirumah boleh diasingkan untuk dijadikan baja kompos (jangan disimpan di dalam rumah, nantikan akan menimbulakan bau di dalam rumah). cari panduan membuat baja kompos melalui internet. gunakan baja ini untuk tanaman.
asingkan sisa minyak masak kedalam tong khas untuk dihantar ke tapak perlupusan. sisa minyak masak yang dilupuskan dengan cara yang tidak betul akan menyusahakn orang ramai. saluran paip rumah atau longkang tersumbat juga disebabkan oleh sisa minyak. kini sisa minyak boleh dikitar semula untuk kegunaan biodiesel.
* Sediakan 3 jenis tong sampah dirumah. HIJAU untuk barang-barang kaca, BIRU untuk kertas dan JINGGA untuk barang-barang plastik.
*Cubalah lakukan apa yang terdaya. bumi ini untuk diwarisi oleh anak-anak kita juga. Selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment